|
|
| Tuesday, 28-Aug-2007 14:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anak Dara Kami..
|
|
Husna mmg anak yg cepat belajar.. ajar apapun dia mesti akan ingat sampai bila2.. kalau dia tengah makan, sempat pelawa kat org 'Nak?'...percaya tak?
paling best, dari kecik sampai besar dia mmg pandai posing bila ambil gambar!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Aug-2007 13:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A Gift From God - Nur Husna Humaira
|
|
Alhamdulillah, she arrived on 22nd May 2006 , 11:48 am, with 2.98kg weight, height 50 cm at HUKM, Cheras, Kuala Lumpur.
Kisah Dalam Labour Room
Setiap pasangan suami isteri mahukan rumahtangga yang aman bahagia dihiasi dengan anak-anak yang sihat, pintar dan comel-comel belaka. Begitu juga dengan aku dan suami. Namun ketika di awal musim perkahwinan iaitu selepas diijabkabulkan pada 18 Jun 2005, kami masih lagi belum terfikirkan soal cahaya mata. Ini mungkin disebabkan faktor aku dan suami berjauhan kerana berasingan tempat kerja dan hanya bertemu dihujung minggu. Aku tinggal di Melaka bersama dua orang rakan sejawatan yang juga berjauhan dengan suami masing-masing. Kebetulan kami berkahwin dalam tempoh yang hampir sama.
Tiga bulan usia perkahwinan, aku mula terfikirkan soal cahaya mata. Apa lagi dua orang rakanku telahpun ‘berisi’. Bila aku utarakan pada suami, dengan selamba dia berkata “Kalau nak, apa lagi..abang bila-bila masa sudi memberi!”.
Selepas periodku lewat dua minggu, suamiku sibuk menyuruhku membuat pregnancy test. Sampaikan dia pun sibuk hendak menemaniku di bilik air! Lepas mendapat kesan positif aku menghulurkan keputusan ujian pada suami, bukan main seronok agaknya dia sehingga diam tidak terkata. Dia hanya mampu memelukku erat. Syukur, aku mampu hamil.
Sembilan bulan mengandungkan zuriat kami, aku tidak mempunyai alahan yang teruk. Seingat aku, aku cuma muntah dua kali sahaja! Selebihnya cuma morning sickness yang biasa. Ketika usia kandungan baru berusia enam minggu, aku sempat bercuti dan snorkeling di Pulau Tioman!
Aku dijangka bersalin pada 26 Mei 2006, tetapi belum sempat sampai ke tarikh itu, pada Isnin, 22 Mei 2006 pukul 3.30 pagi ketika sedang nyenyak tidur, aku tiba-tiba dikejutkan dengan air hangat yang deras mengalir dari celahan pahaku. Mujur aku telah mengambil cuti awal dan berada di samping suami pada ketika itu. Suami yang sedang nyenyak tidur aku kejutkan. Dia tidak menyangka aku akan bersalin awal. Katanya itu mungkin disebabkan aku makan buah durian yang banyak malam sebelum itu. “Baby tak tahan panas kat dalam tu, sebab tu tak sabar nak keluar!”. Aku yang mendengar hanya tersenyum disebalik rasa berdebar-debar yang makin kuat terasa.
Sebelum ke HUKM, aku sempat mandi, gosok gigi, siap syampu rambut lagi! Sampaikan aku diperli oleh suami. Mungkin disebabkan aku masih belum terasa sakit lagi ketika itu. Selepas itu suami terus memecut ke HUKM dengan ditemani oleh ibuku.
Sampai di hospital pukul 4.30 pagi aku terus dimasukkan ke labour room kerana bukaan telahpun mennjangkau 4 cm. Aku bertuah kerana suamiku sedia menemaniku mengharung detik getir dalam hidupku ini bersama-samanya. Walaupun dia mengaku mabuk darah, suamiku gagahi juga demi aku dan zuriatnya ini. Secara tidak langsung aku bersemangat dan semakin tidak sabar untuk melahirkan bukti cinta kami ini.
Aku mula terasa sakit yang teramat sangat ketika pukul 7 pagi selepas suamiku balik dari menunaikan solat subuh. Setiap kali sakit, mulutku tidak putus membaca pelbagai doa yang ibuku ajari. Suamiku pula terus menemaniku dan memberi kata-kata semangat. Setiap kali sakit juga aku akan menarik nafas dan melepaskannya dengan bantuan kiraan dari suami. Selepas bertarung dengan kesakitan hampir lima jam, lahirlah puteriku tepat 11.48 pagi dengan berat 2.98kg. Melihatkan si comelku itu hilang segala kesakitan yang aku alami. Aku bersyukur kerana telah selamat melahirkan bayiku dengan mudah, dengan hanya dua kali teran. Inilah saat yang paling bermakna, kenangan yang paling manis dalam hidupku. Untuk suami tercinta, Mohd Khairul bin Ab. Razak, inilah hadiah yang sangat berharga dariku untukmu. Semoga kasih sayang kita semakin erat dengan kehadiran Nur Husna Humaira, si pipi merah yang gebu.
Ketika masih lagi dalam labour room, aku masih lagi ingat kata-kata nakal suami ketika membuat upacara belah mulut bayi kami, “Lepas ni nak beranak lagi tak? Projek kedua bila nak mula pulak?”. Aku yang kegembiraan dengan kehadiran Husna Humaira sempat mencubit lengannya.
Aku bersyukur kerana dengan rahmat dariNya, sudah setahun lebih aku bergelar isteri kepada seorang suami yang sungguh mengambil berat dan menyayangiku. Aku juga bertuah kerana berkesempatan menjadi ibu, merasai penat lelah, jerit perih hidup mengandung dan melahirkan anakku. Setiap ketika teringatkan saat melahirkan, aku terkenangkan ibu yang melahirkanku. Terima kasih ibu! Ibu juga yang menjaga aku dan bayiku ketika dalam pantang dengan bantuan suami. Aku juga kagum dengan suamiku yang sanggup menghabiskan cuti selama dua minggu untuk menjaga aku dan anak kami. Terima kasih abang!
Satu hari ketika selepas habis tempoh berpantang, suamiku membuka satu rahsianya kepadaku. Katanya ketika aku menahan seksa mengalami kontraksi, dia turut ‘seksa’ menahan nafas kerana aku. Kenapa? Menurut suamiku, dia terpaksa menahan aroma nafasku setiap kali aku melepaskan nafas. Mungkin disebabkan tidak menjamah apa-apa makanan pun, nafasku agak ‘menyeksakan’ suami walaupun telah menggosok gigi sebelum ke HUKM. Dalam nada seloroh, aku sempat mengusik suami, “Anak kedua nanti tak mahu gosok gigi langsunglah!”
Kini, Nur Husna Humaira telahpun berusia 1 tahun 3 bulan pada 22 Ogos yang lalu. Anakku seorang bayi yang sangat bijak dan cepat belajar. Dia juga sering menjadi perhatian orang di mana sahaja dia berada kerana kulitnya yang putih gebu dan matanya bulat bundar persis ayahnya. Doa ibu dan ayah, semoga Husna akan menjadi anak yang solehah dan cemerlang dalam apa jua perkara, Amin...
|
|
|
|
|